• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
goranau logo ver1

Goranau

Bercuti di Ranau!

  • Tempat menarik
  • Tempat tinggal
  • Semasa
  • Guide

Apa itu Hiking?

November 1, 2021 | Guide | By L. Joseph

Apakah maksud sebenar ‘hiking’?

Perkataan hiking selalu dikaitkan dengan bukit atau mendaki bukit – Asal dengar perkataan hiking mesti ingat nak daki bukit.

Ini sebenarnya kurang tepat. Bukan salah, tapi kurang tepat.

Dalam post ringkas ini kita cuba fahami dengan mudah apakah maksud sebenar bagi hiking ini.

Definisi Hiking

Hiking bermaksud ‘berjalan kaki’ menjelajahi alam semulajadi yang dikategorikan sebagai aktiviti rekreasi.

trail ke pondok manggas
Beriadah sambil menghayati keindahan alam semulajadi.

Hiking biasanya mempunyai ‘jalan’ yang sudah ditentukan yang kita panggil sebagai ‘trail’ atau ‘footpath’.

Trail ini boleh jadi mendaki, mendatar, melintasi sungai, menurun dan sebagainya.

Oleh itu, hiking tidak semestinya mendaki bukit – jangan salah anggap.

Jika anda berjalan kaki dari pekan Kundasang ke pekan Ranau, juga boleh dipanggil sebagai hiking.

Keadaan (cabaran) dan panjang trail menentukan tahap kesukaran satu-satu hiking tersebut.

Hiking semakin popular pada masa kini disebabkan oleh kehidupan sedentari oleh kebanyakkan golongan masyarakat.

(kehidupan sedentari bermaksud kehidupan atau pekerjaan yang lebih banyak duduk dan kurang aktiviti fizikal)

Hiking dapat memberikan ketenangan minda, kesihatan dan tidak memerlukan apa-apa peralatan khas.

Beza Hiking dan Trekking

Hiking dan trekking adalah aktiviti yang sama iaitu berjalan kaki.

Apa yang membezakan adalah tahap kesukarannya.

Hiking dikaitkan dengan aktiviti berjalan untuk rekreasi dan boleh dilakukan oleh semua golongan. Sambil beriadah kita boleh menghayati keindahan alam dengan tenang.

Trekking pula adalah aktiviti berjalan yang memerlukan lebih banyak tenaga atau usaha. Trail lebih panjang, memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan dan biasanya untuk orang-orang yang tahap kecergasaannya tinggi untuk melakukannya.

akiviti trekking
Trekking memerlukan kecergasaan, kepakaran dan trail yang lebih panjang.

Trekking juga sering dikaitkan dengan aktiviti bermalam dan kepakaran skill ‘survival’.

Kesimpulan

Kesimpulanya, hiking tidak semestinya melibatkan aktiviti pendakian.

Ia adalah aktiviti berjalan kaki untuk kesihatan dan dalam masa yang sama dapat menghayati keindahan alam semulajadi – menenangkan fikiran.

Kongsikan post ini:

  • Twitter
  • Facebook
  • Telegram
  • WhatsApp

Berkaitan:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Footer

Selamat bercuti!

Selamat datang ke Ranau!

Goranau dibuat khas untuk membantu percutian anda di sekitar Kundasang dan Ranau.

Goranau membuat review @ penulisan bebas berkaitan dengan perlancongan. Tempat menarik, tempat tinggal, tempat makan dan sebagainya.

Search

POST TERBARU!

  • lokasi hiking kundasang24 Lokasi Hiking di Sekitar Kundasang, Ranau 2022
    Guide
    February 5, 2022
  • nombor telefon kecemasan ranau kundasangSenarai Nombor Telefon Penting Ranau [2022]
    Guide
    January 16, 2022
  • tempat menarik di sekitar ranau25 Tempat Menarik di Sekitar Ranau [List 2022]
    Guide, Tempat menarik
    January 11, 2022
  • tempat menarik di sekitar kundasang22 Tempat Menarik di Sekitar Kundasang [List 2022]
    Guide, Tempat menarik
    January 2, 2022
  • apa itu hikingApa itu Hiking?
    Guide
    November 1, 2021

Copyright © 2022 ยท Goranau

  • Tentang
  • Hubungi
  • Dasar Privasi