Sedikit mencabar untuk yang ‘biasa-biasa’.
Bagi yang menyukai aktiviti hiking, boleh cuba hiking di Daparak Hill, Kundasang.
Lokasi ini berdekatan dengan pekan Kundasang dan menjanjikan view gunung, pekan Kundasang dan kawasan sekitarnya.
Trail mungkin agak sedikit mencabar bagi yang jarang-jarang melakukan aktiviti pendakian.
Berikut maklumat yang boleh anda rujuk berkenaan Daparak Hill:
Info Penting Daparak Hill
- Lokasi tempat: Daparak Hill dalam map.
- Waktu operasi: 6:00AM – 6:00PM (setiap hari).
- Bayaran Masuk: RM3, percuma bawah 6 tahun.
- Tahap Kesukaran: Sederhana.
- Panjang trail: Anggaran 1KM+ (atas 30 minit).
- Nombor telefon: 0128890014 / 0149550269
- Page Facebook
Anda boleh juga lihat rakaman video ‘Solo Hiking Daparak Hill’ ini:
Teruskan membaca untuk info lanjut.
Jalan masuk ke Daparak Hill
Daparak hill terletak tidak jauh daripada pekan Kundasang.
Simpang masuknya terletak kira-kira 300 meter selepas bulatan lembu pekan Kundasang, jalan menuju ke Kota Kinabalu.

Selepas masuk ke dalam simpang, ikut jalan utama sehingga anda jumpa papan tanda untuk ‘pendaftaran hiking Daparak Hill’.
Jalan agak sempit, curam dan sedikit berlubang. Kena berhati-hati.

Selepas pendaftaran, teruskan pemanduan ke starting point untuk Daparak Hill.

Dan boleh memulakan pendakian.
Suasana Trail Hiking Daparak Hill
Pendakian dimulakan dengan trail yang agak curam dan berterusan.
Bagi yang berbadan besar dan jarang melakukan aktiviti riadah (seperti penulis), aktiviti melawan graviti ini mungkin agak mencabar.
Trail ke daparak hill sebenarnya adalah jalan raya berbatu yang mungkin boleh dilalui oleh kereta pacuan 4 roda.
Agak luas dan bebas bagi kita untuk bergerak.
Setakat ini, tidak ada papan tanda yang disediakan untuk memandu pendakian dan terdapat beberapa simpang yang akan kita jumpa.
(agak sedikit mengelirukan)
Tipsnya, jangan menyimpang masuk ke jalan yang bukan mendaki, yang mempunyai halangan atau lebih usang daripada jalan utama.
Anda berada di laluan yang betul jika anda jumpa tangki air hitam di sebelah kanan dan juga rumah usang di sebelah kiri semasa pendakian.


Sebelum tangki air tersebut, terdapat satu simpang ke kanan yang menuju ke kawasan lapang.
View gunung Kinabalu agak jelas dari kawasan ini.
Mungkin boleh dijadikan tempat untuk mengambil gambar.
Selepas beberapa ketika, anda akan jumpa kumpulan pokok pain di sebelah kiri.
Kawasan ini agak cantik untuk aktiviti penggambaran dan dalam masa yang sama boleh berhenti berehat.

Laluan kemudiannya bertukar menjadi landai dan sedikit menurun:
Sebelum bertukar semula ke cerunan condong menaik:
Dan akhirnya sampai ke bahagian terakhir sebelum puncak Daparak hill.

Puncak Daparak Hill
Puncak Daparak Hill menjanjikan pemandangan yang cantik, luas mata memandang.
Gunung Kinabalu, Pekan Kundasang, kawasan bukit Desa Dairy Farm dan hutan sekitar jelas kelihatan.
(kecuali waktu kabus tebal)




Terdapat juga mini taman bunga di sekitar puncak Daparak hill, yang mana mungkin masih dalam pembaikpulihan.
Perkara lain yang perlu diketahui
Seperti mana-mana aktiviti luar jenis lasak yang lain, untuk hiking di Daparak hill anda memerlukan:
- Pemakaian yang sesuai, tidak perlu tebal
- Air minuman
- Makanan jenis ringkas (jika perlu)
Adalah tidak digalakkan untuk anda hiking seorang diri.
Trail hiking Daparak hill adalah dalam kawasan hutan @ belukar, oleh itu sentiasa berhati-hati untuk kebarangkalian binatang bisa seperti ular.
Jangan menyimpang masuk ke trail-trail sempit hanya kerana anda mahukan kelainan.
Coverage untuk signal handphone agak baik sepanjang laluan, sepatutnya tidak ada masalah untuk tujuan komunikasi.
Daparak Hill tidak menyediakan tandas di sepanjang laluan sehinggalah kepuncak.
Namun, terdapat tangki air disediakan di puncak Daparak Hill.
Jika nak buang air mungkin kena ikhtiarkan cara lain atau rancang pendakian sebaiknya.
Dan akhir sekali bersama-samalah kita menjaga keindahan alam, jaga kebersihan, jangan buang sampah merata. Tong sampah ada disediakan di puncak.
Semoga post ini bermanfaat pada semua. Kongsikan jika membantu!
Leave a Reply