• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
goranau logo ver1

Goranau

Bercuti di Ranau!

  • Tempat menarik
  • Tempat tinggal
  • Semasa
  • Guide

24 Lokasi Hiking di Sekitar Kundasang, Ranau 2022

February 5, 2022 | Guide | By L. Joseph

Senarai lengkap lokasi hiking di sekitar Kundasang & Ranau terkini.

Disertakan maklumat seperti lokasi, tahap kesukaran, bayaran masuk dan juga cara menghubungi (jika ada).

Mungkin anda boleh masukkan aktiviti hiking dalam pelan percutian anda, terutama bagi penggemar hiking.

Baca juga: Apa itu hiking?

Berikut merupakan senarainya:

Senarai Lokasi hiking Kundasang, Ranau

  1. Sosodikon Hill
  2. Mesilou Hill
  3. Pyramid hill
  4. Daparak Hill
  5. Maragang Hill
  6. Nulu Tinorindak
  7. Dompurungon Hill
  8. Bukit Lugas
  9. Bukit Kimondou
  10. Puncak Nulou Sokid
  11. Gunung Mantapok (Mantapok Nature)
  12. Tambiau Forest House
  13. Aki-aki Trail
  14. Kg. Tiang Lama Eco Tourism
  15. Kiau View Trail
  16. Pandanus Trail
  17. Silau Silau Trail
  18. Bukit Tupai Trail
  19. Bukit Burung Trail
  20. Mempening Trail
  21. Liwagu Trail
  22. Bundu Tuhan View Trail
  23. Bukit Ular Trail
  24. Mountain View Trail

Teruskan membaca untuk info lanjut.

1 Sosodikon Hill

tempat hiking sosodikon hill

  • Masa hiking: 6.00 pagi – 6.00 petang
  • Bayaran masuk: RM5 dewasa, RM3 untuk 7-12 tahun, percuma bawah 6 tahun
  • Lokasi: lokasi dalam google map
  • Perhubungan: 017-895 6192

Tahap kesukaran: Mudah. Sesuai untuk semua peringkat umur. Beriadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Menjanjikan pemandangan gunung kinabalu yang jelas (jika tidak dilitupi awan) dan juga pemandangan disekitarnya, pekan kundasang dan kawasan kg disekitar Kundasang.

Boleh lihat video ini: Sosodikon Hill Relaxing Hike Early Morning.

Atau baca maklumat lebih lanjut sini: Sosodikon Hill Lokasi Hiking untuk Keluarga.

2 Mesilou Hill

hiking mesilou hill

  • Masa hiking: 6.00 pagi – 6.00 petang
  • Bayaran masuk: RM3 sekali masuk
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Mudah. 5-10 minit pendakian. Agak curam tetapi sangat pendek trailnya.

Menjanjikan pemandangan indah dari tempat tinggi untuk, view gunung dan juga kawasan kg berkabus di sekitar mensilou.

Tiada kaunter penjaga, hanya kotak bayaran masuk sahaja disediakan. Lokasi permulaan terletak di tepi jalan, sebelah kiri (jika dari arah pekan kundasang), selepas Mesilau Rabbit Garden. Mudah untuk kita terlepas pandang lokasinya.

point permulaan mesilou hill
Pondok sebagai penanda permulaan hiking untuk Mesilou Hill. Sumber: Google map img

3 Pyramid hill

hiking di pyramid hill

  • Masa hiking: 6.00 pagi – 6.00 petang
  • Bayaran masuk: RM3 sekali masuk
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Mudah ke sederhana. Pendakian lebih panjang dan trail lebih semulajadi.

Pemandangan gunung Kinabalu, pekan Kundasang dan kawasan sekitar yang jelas ketika cuaca tidak berkabus.

Lokasi ini terletak bersebelahan dengan Sosodikon Hill, tetapi trailnya lebih panjang dan lebih mencabar. Anda akan mendaki dan kemudian menyusur di sepanjang puncak piramid sebelum sampai ke dataran puncak terakhir.

Trail lebih curam, lebih semulajadi tanpa banyak tambahan kosmetik seperti pokok bunga.

4 Daparak Hill

pendakian terakhir sebelum puncak daparak hill

  • Masa hiking: 6.00 pagi – 6.00 petang
  • Bayaran masuk: RM3 sekali masuk
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Mudah ke sederhana. Trail lebih panjang, 25-30 minit perjalanan normal.

Menjanjikan pemandangan gunung kinabalu yang jelas, pekan kundasang dan juga hutan sekitar jika keadaan tidak berkabus.

Hampir keseluruhan trailnya adalah jalan raya jenis off-road. Agak luas dan senang untuk bergerak. Perjalanan agak mencabar bagi yang jarang beriadah @ berjalan jauh, banyak mendaki.

Untuk info sepenuhnya boleh lihat post ini: Hiking di Daparak Hill Kundasang.

laluan cerun menaik di daparak hill
Laluan cerun menaik di daparak hill.

Boleh lihat juga video ini untuk pastikan lokasi dan perjalanan sepanjang trail ke puncak Daparak Hill: Solo Hiking Daparak Hill Kundasang

5 Maragang Hill

maragang hill kundasang untuk hiking

  • Masa hiking: 3.00 pagi dan 6.00 pagi (2 sesi)
  • Bayaran masuk: RM150 – RM220 Per pakej
  • Perhubungan: 017-8952753. maraganghill.com.my
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Sederhana – sukar. Masa hiking lebih kurang 1 jam 30 minit. Jarak lebih kurang 1.6KM dari titik permulaan.

Dengan ketinggian lebih kurang 2,232 meter, mungkin bukit ini adalah puncak terdekat dengan Gunung Kinabalu yang boleh anda daki.

Menjanjikan view gunung, kawasan persekitaran dan pengalaman hiking yang terbaik.

Untuk mendaki kena book pakej lebih awal. Terdapat 2 jenis pakej iaitu pakej sunrise (3.00pagi) dan pakej biasa (6.00pagi). Kemudian setiap pakej ini mempunyai 2 pilihan – laluan biasa & laluan panjang. Setiap pakej maksimum adalah 5 orang. Bayaran bermula daripada RM150 per pakej.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej boleh rujuk: Internery Maragang Hill

6 Nulu Tinorindak

nulu tinorindak

  • Masa hiking: Bermula jam 7:00 pagi
  • Perhubungan: 016-814 7673 atau facebook Nulu Tinorindak
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Sederhana – sukar. Pendakian mencabar tetapi berbaloi.

Pengalaman hiking yang menarik. Menjanjikan pemandangan gunung yang menakjubkan. Boleh lihat matahari terbit jika hiking lebih awal.

Untuk mendaki kena hubungi pihak pengurusan Nulu Tinorindak melalui telefon ataupun facebook lebih awal. Untuk dapatkan guide dan tentukan masa.

7 Dompurungon Hill

bukit dompurungon

  • Masa hiking: Bermula jam 6:00 pagi
  • Perhubungan: 013-8772096 atau facebook Dompurungon Hill
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Sederhana – sukar. Pendakian agak mencabar.

Lokasi terletak di kawasan Marakau, pekan Ranau. Pendakian agak mencabar, terutama jika pendakian dilakukan lewat pagi dengan cuaca agak panas.

Menjanjikan permandangan luas yang mempersona, gunung kinabalu dan kawasan rendah sekitar Ranau. Jika bernasib baik, dapat melihat permandangan dari atas awan seumpama karpet putih yang menutupi kawasan rendah.

8 Bukit Lugas

lokasi hiking bukit lugas

  • Masa hiking: Bermula jam 6:00 pagi
  • Bayaran masuk: RM10 seorang untuk dewasa, RM7 pelajar. RM50 bayaran guide untuk satu kumpulan.
  • Perhubungan: 014-8688215, 017 8661796 atau facebook Bukit Lugas
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Sederhana – sukar. Panjang trail lebih kurang 4KM. Memerlukan masa 2 – 4 jam bergantung pada tahap kecergasan.

Laluan trail agak mencabar dan memenatkan, melalui jambatan gantung, pendakian agak curam dan seterusnya.

Tetapi puncak yang unik dan pemandangakn yang mempersonakan pasti menjadikan trip anda berbaloi. Terdapat dua puncak bersebelahan dan anda boleh menakluki kedua-dua puncak ini.

Untuk hiking di lokasi ini, anda kena hubungi terlebih dahulu nombor diatas untuk elakkan datang kosong.

9 Bukit Kimondou

lokasi hiking bukit kimondou ranau

  • Masa hiking: Bermula jam 6:00 pagi. Ahad tutup.
  • Bayaran masuk: RM4 seorang, RM2 umur 7-12 tahun, guide RM25 untuk 10 orang.
  • Perhubungan: 011-16353687 atau facebook Bukit Kimondou
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Mudah – sederhana. Trail sejauh 1.8KM, memerlukan masa lebih kurang 30 minit hiking.

Suasana puncak cantik, dengan bunga-bungaan. Pemandangan dari puncak juga mempersonakan apatah lagi jika anda mengambil trip untuk matahari terbit. Trip biasa boleh datang tanpa booking.

bukit kimondou sunrise
Suasana pemandangan matahari terbit dari puncak Bukit Kimondou.

Untuk trip matahari terbit, yuran adalah sama, bayaran guide RM35 untuk 10 orang. Hubungi pihak pengurusan bukit Kimondou untuk trip ini.

10 Puncak Nulou Sokid

lokasi hiking puncak nulou sokid

  • Masa hiking: Bermula jam 6:00 pagi.
  • Bayaran masuk: RM6 seorang, guide RM40 untuk 10 orang.
  • Perhubungan: 012-834 4353 atau facebook Bukit Kimondou
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Mudah – sederhana. Perjalanan agak jauh.

Perjalanan agak jauh, banyak mendatar sebelum sampai ke kawasan bukit. Kawasan puncak dihiasi dengan pelbagai bunga, lokasi untuk bergambar dan juga berehat.

Kena booking tarikh dan masa dahulu jika nak hiking di lokasi ini.

11 Gunung Mantapok

lokasi hiking gunung mantapok

  • Masa hiking: Bermula jam 6:00 pagi.
  • Perhubungan: 011-15127212, 017-8975744 atau facebook Gunung Mantapok
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Sukar. Trail sepanjang 8.8KM. Masa anggaran hiking 5-8 jam.

Hiking di trail Gunung Mantapok menjanjikan pengalaman hiking sebenar dengan cabarannya yang tersendiri terutama kepada hiker sejati.

Selain daripada cabaran trail, anda juga berpeluang untuk melihat kepelbagaian flora dan fauna termasuklah tumbuhan eksotik pelbagai jenis periuk kera dan bunga orkid yang jarang kelihatan.

mantapok hiking info
Info berkaitan hiking di Gunung Mantapok.

Jika anda berminat, kena hubungi dahulu pihak pengurusan Mantapok.

12 Tambiau Forest

lokasi hiking tambiau forest

  • Masa hiking: Bermula jam 8:00 pagi.
  • Bayaran masuk: Trip biasa RM6 seorang, guide RM45 max 10 orang. Trip sunrise RM6, guide RM55 max 10 orang.
  • Perhubungan: 012-8949578, 0143712717 atau facebook Tambiau Forest House
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Mudah – sederhana. Trail sepanjang 1.8KM.

Selain menjanjikan permandangan yang mempersonakan, di puncak juga terdapat lokasi-lokasi menarik untuk mengambil gambar dan gerai untuk anda duduk berehat sambil minum kopi.

puncak tambiau forest
Suasana di puncak Tambiau Forest.

Kalau nak pemandangan dan pengalaman yang extra ambil pakej sunrise. Untuk hiking di tempat ini kena hubungi pihak Tambiau terlebih dahulu untuk tujuan booking.

13 Aki-aki Trail

lokasi hiking aki-aki trail

  • Masa hiking: 6:00 pagi – 5.00 petang.
  • Perhubungan: 011-32664710 atau facebook Aki-Aki Trail
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Sederhana – mencabar. Trail sepanjang 3.3km.

Pemandangan waktu pagi yang mempersonakan, view gunung yang jelas jika tidak dilitupi awan, sungai liwagu dan keunikan alam semulajadi disepanjang trail.

Antara cabaran yang perlu dilalui adalah – anak tangga yang agak panjang.

Hubungi pihak pengurusan Aki-aki trail jika nak hiking di lokasi ini.

14 Kg. Tiang Lama Eco Tourism (Taralamas)

lokasi hiking taralamas kg tiang lama eco

  • Masa hiking: 6:00 pagi – 5.00 petang.
  • Perhubungan: 010-8081611 atau facebook Kg. Tiang Lama Eco Tourism
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Tahap kesukaran: Sederhana – mencabar. Kira-kira 6KM lebih hiking.

Menjanjikan keunikan pengalaman hiking menyusuri Taralamas river canyon.

Trail yang mencabar, kena menyeberangi sungai, menaiki rakit menyusuri sungai, masuk kedalam sungai, bersedia untuk basah dan bersedia juga menghadapai pacat.

Suasana trail di Taralamas (Kg. Tiang Lama Eco).
Suasana trail hiking di Taralamas (Kg. Tiang Lama Eco).

Untuk hiking dilokasi ini kena hubungi pihak pengurusan untuk booking lebih awal.

Hiking Trail di Kinabalu Park

Tidak lupa juga beberapa hiking trail yang anda boleh cuba di dalam kawasan Kinabalu Park.

Dengan keunikan tersendiri setiap trail, rugi kalau anda tak cuba.

Berikut adalah map untuk rujukan anda:

Kinabalu Park Complex Map Nature Trails
Map lengkap kesemua trail di Kinabalu Park.
  • Masa hiking: 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Bayaran masuk: RM5 sekali masuk ke Kinabalu Park
  • Lokasi: lokasi dalam google map

Bayaran masuk ke Kinabalu Park sebanyak RM5 dan anda boleh akses kesemua trail yang ada.

Map bergambar untuk kesemua Nature trail di Kinabalu Park.
Map bergambar untuk kesemua Nature trail di Kinabalu Park.

Info ringkas untuk setiap trail adalah seperti berikut:

15 Kiau View Trail

kiau view trail

Tahap kesukaran: Sederhana – mencabar. Panjang Trail 2.54KM, lebih kurang 1 jam 30 minit untuk menghabiskan.

Tempat permulaan terletak bersebelahan dengan gerbang pintu masuk, banyak mendaki pada peringkat awal tetapi tidak terlalu curam.

Terdapat pelbagai spesis pokok tempatan sepanjang perjalanan, pelbagai spesis burung dan juga permandangan luas dari tempat tinggi.

16 Pandanus Trail

Tahap kesukaran: Mudah. Panjang trail 0.5km, lebih kurang 20 minit perjalanan.

Trail yang luas dan menawarkan pemandangan yang menyegarkan. Trail ini membolehkan akses ke Kiau View Trail daripada tengah-tengah Kinabalu Park.

17 Silau Silau Trail

silau silau trail

Tahap kesukaran: Sederhana – mencabar. Panjang trail 3KM, dan memerlukan masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk menghabiskan.

Antrara trail yang popular kerana ia bersambung dengan beberapa trail lain pada bahagian tengah seperti trail bukit burung dan bukit tupai. Trail ini agak rata menyusuri sungai Silau-silau.

18 Bukit Tupai Trail

Tahap kesukaran: Mudah – sederhana. Panjang trail 0.3KM, lebih kurang 15 minit perjalanan.

Trail ini agak pendek tetapi agak sedikit curam. Kena mendaki bukit. Pada hari yang baik, tanpa kabus, anda boleh nampak pemandangna jelas gunung kinabalu dan kawasan sekitar Kinabalu Park.

19 Bukit Burung Trail

bukit burung trail
Foto kredit: weseektravel.com

Tahap kesukaran: Mudah – sederhana. Panjang trail 1.08KM, lebih kurang 1 jam perjalanan.

Selalunya kita hiking sekali dengan trail bukit tupai, kerana laluan yang sama. Banyak mendaki.

Jika sesuai musimnya, anda berpeluang untuk melihat spesis burung termasuklah spesis burung eksotik.

20 Mempening Trail

Tahap kesukaran: Sederhana – sukar. Panjang trail 2.5KM, lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan.

Trail ini agak mendatar tetapi agak panjang. Terdapat banyak pokok oak tumbuh di sepanjang trail ini.

Menjanjikan permandangan yang luas untuk kawasan taman dan juga lembah Liwagu.

Trail ini bertemu dengan trail bukit tupai dan bukit burung. So, boleh ambil sekali.

21 Liwagu Trail

liwagu trail hiking

Tahap kesukaran: Sederhana – sukar. Panjang trail 5.6KM, lebih kurang 2 jam untuk hiking.

Trail terpanjang diantara trail-trail yang ada di Kinabalu Park. Cabaran laluan agak pelbagai. Ada kena memanjat, menuruni cerunan yang curam, mendaki dan melintasi sungai kecil.

Trail ini menyusuri sepanjang sungai Liwagu. Mungkin kerana trail ini agak panjang, agak kurang sedikit pengunjung yang mencubanya.

22 bundu Tuhan View Trail

Tahap kesukaran: Mudah – sederhana. Trail pendek sepanjang 465 meter, lebih kurang 15 minit.

Trail ini mungkin yang paling mudah untuk diakses. Titik permulaanya terletak bersebelahan dengan pejabat taman.

Selepas lebih kurang 15 minit perjalanan, anda akan sampai ke pondok berehat. Disana anda boleh lihat pemandangan luas keadaan kampung bundu tuhan.

Agak baik untuk melihat matahari terbenam daripada lokasi ini

Daripada trail ini juga, anda boleh teruskan ke Liwagu trail.

23 Bukit Ular Trail

Tahap kesukaran: Sukar – Berbahaya. Panjang trail lebih kurang 0.9KM atau 40 minit hiking.

Setakat ini laluan ini masih ditutup. Laluan ini agak berbahaya kerana kita harus sepanjang cerunan bukit.

Laluan ini mungkin hanya untuk hiker sejati yang ingin melalui laluan alternatif untuk sampai ke Pondok Timpohon.

Jika bernasib baik mungkin juga dapat melihat spesis burung eksotik seperti Everett’s Thrush dan Blue Banded Pitta.

24 Mountain View Trail

mountain view trail hiking

Tahap kesukaran: Mudah – sederhana. 150 meter panjang atau lebih kurang 15 minit hiking.

Trail ini pendek tetapi agak curam. Mungkin kena berhenti berehat berkali-kali untuk mengambil nafas.

Di puncak trail, kita dapat lihat pemandangan gunung kinabalu yang jelas dan juga pemandangan air terjun Kadamaian.

Jika terdapat sebarang lokasi hiking baru di sekitar Kundasang dan Ranau yang tidak tersenarai disini, boleh nyatakan dalam bahagian komen.

Semoga senarai lokasi hiking di sekitar Kundasang & Ranau ini bermanfaat pada semua.

Kongsikan post ini:

  • Twitter
  • Facebook
  • Telegram
  • WhatsApp

Berkaitan:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Footer

Selamat bercuti!

Selamat datang ke Ranau!

Goranau dibuat khas untuk membantu percutian anda di sekitar Kundasang dan Ranau.

Goranau membuat review @ penulisan bebas berkaitan dengan perlancongan. Tempat menarik, tempat tinggal, tempat makan dan sebagainya.

Search

POST TERBARU!

  • lokasi hiking kundasang24 Lokasi Hiking di Sekitar Kundasang, Ranau 2022
    Guide
    February 5, 2022
  • nombor telefon kecemasan ranau kundasangSenarai Nombor Telefon Penting Ranau [2022]
    Guide
    January 16, 2022
  • tempat menarik di sekitar ranau25 Tempat Menarik di Sekitar Ranau [List 2022]
    Guide, Tempat menarik
    January 11, 2022
  • tempat menarik di sekitar kundasang22 Tempat Menarik di Sekitar Kundasang [List 2022]
    Guide, Tempat menarik
    January 2, 2022
  • apa itu hikingApa itu Hiking?
    Guide
    November 1, 2021

Copyright © 2023 ยท Goranau

  • Tentang
  • Hubungi
  • Dasar Privasi