• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
goranau logo ver1

Goranau

Bercuti di Ranau!

  • Tempat menarik
  • Tempat tinggal
  • Semasa
  • Guide

Tanah runtuh: Jalan Alternatif Kundasang- Ranau

December 11, 2019 | Semasa | By L. Joseph

Update 9 Jan 2020: Laluan utama Kundasang – Ranau siap dibaiki dan boleh digunakan seperti biasa.

Jalan utama yang menghubungkan Kundasang dan Ranau terputus disebabkan oleh tanah runtuh pada Kilometer 96 Jalan Kota Kinabalu-Sandakan.

Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil oleh netizen yang telah dimuatnaik ke media sosial:

jalan kundasang - ranau terputus
Gambar aerial kawasan runtuhan
Runtuhan berpunca dari kawasan atas bukit.
Runtuhan berpunca dari kawasan atas bukit.

tanah runtuh kundasang

Menurut sumber info terkini, kerja membaik pulih mungkin akan mengambil masa paling minimum 2 minggu.

Untuk lihat lebih jelas runtuhan tersebut sila lihat video dibawah:

Untuk sementara itu, para pengguna jalan raya boleh menggunakan beberapa jalan alternatif yang menghubungkan Kundasang dengan Ranau.

Jalan alternatif Kundasang – Ranau

Sementara menunggu kerja pembaik pulihan selesai, para pengguna jalan boleh melalui Jalan kg Semuruh – Kundasang, Kibbas – Mohimboyon Road, Pinousuk-Kundasang Road yang mana jaraknya lebih kurang 22KM atau bersamaan dengan 40 minit perjalanan.

Jika anda tidak arif dengan nama-nama / jalan tersebut, anda boleh menggunakan aplikasi Google Map pada telefon pintar anda.

Disediakan link berikut untuk rujukan anda:

Google map: Jalan alternatif Kundasang – Ranau

Beberapa panduan untuk anda menggunakan laluan alternatif tersebut:

  • Sentiasa memandu dengan cerman / berhati-hati kerana jalan licin, sempit, curam
  • Elakkan melalui kawasan tersebut pada waktu malam (penglihatan terbatas) atau peak hour
  • Sentiasa sabar dan jangan bunyikan hon kereta tak tentu arah
  • Hormati penduduk kg di kawasan laluan… Nanti diorang marah… kasih tutup itu jalan.

Sehingga setakat ini terdapat beberapa kejadian yang dialami oleh pengguna jalan – lori terbabas, kenderaan menggelonsor, kenderaan melintang.

Berikut status yang diviralkan oleh penduduk setempat berkenaan dengan penggunaan jalan alternatif tersebut:

status netizen tanah runtuh

Diharapkan jalan utama dapat dibaiki secepat mungkin untuk kebaikkan bersama.

Kongsikan post ini:

  • Twitter
  • Facebook
  • Telegram
  • WhatsApp

Berkaitan:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Footer

Selamat bercuti!

Selamat datang ke Ranau!

Goranau dibuat khas untuk membantu percutian anda di sekitar Kundasang dan Ranau.

Goranau membuat review @ penulisan bebas berkaitan dengan perlancongan. Tempat menarik, tempat tinggal, tempat makan dan sebagainya.

Search

POST TERBARU!

  • lokasi hiking kundasang24 Lokasi Hiking di Sekitar Kundasang, Ranau 2022
    Guide
    February 5, 2022
  • nombor telefon kecemasan ranau kundasangSenarai Nombor Telefon Penting Ranau [2022]
    Guide
    January 16, 2022
  • tempat menarik di sekitar ranau25 Tempat Menarik di Sekitar Ranau [List 2022]
    Guide, Tempat menarik
    January 11, 2022
  • tempat menarik di sekitar kundasang22 Tempat Menarik di Sekitar Kundasang [List 2022]
    Guide, Tempat menarik
    January 2, 2022
  • apa itu hikingApa itu Hiking?
    Guide
    November 1, 2021

Copyright © 2022 ยท Goranau

  • Tentang
  • Hubungi
  • Dasar Privasi