Update: Laluan utama Kundasang – Ranau kini boleh digunakan seperti biasa (9 Januari 2020)
Terbaru info diterima, Jalan utama yang menghubungkan Kundasang dengan Ranau akan dibuka semula pada hari esok bersamaan dengan 9 Januari 2020.
Bila papan tanda ‘jalan ditutup’ telah dibuka maka dengan rasminya jalan sudah boleh digunakan.
Sebelum ini, kejadian tanah runtuh pada kilometer 96 Jalan Kundasang – Ranau pada 8 Disember tahun lalu telah menyebabkan laluan utama ini ditutup.
Berikut merupakan gambar-gambar terkini aktiviti pembaik pulihan jalan raya tersebut:
Selain itu anda boleh melihat liputan semasa yang dibuat dan dimuatnaik dalam Facebook Kundasang is Red.
(Sumber foto facebook, tobisa.net)
Leave a Reply