• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
goranau logo ver1

Goranau

Bercuti di Ranau!

  • Tempat menarik
  • Tempat makan
  • Tempat tinggal
  • Semasa
  • Guide

Destinasi Bersejarah: Kundasang War Memorial

January 20, 2020 | Tempat menarik | By L. Joseph

Destinasi bersejarah. Memperingati askar British, Australia dan rakyat Borneo yang terkorban dalam peristiwa ‘Death March’.

Destinasi menarik yang boleh anda kunjungi yang terletak diatas bukit kecil belakang pekan Kundasang.

Berikut mengumpulkan info dan gambar berkenaan dengan Kundasang War Memorial park.

Beberapa infomasi penting berkenaan destinasi ini untuk panduan pelawat:

  • Lokasi: Di pekan kundasang, berhampiran tapak tamu.
  • Panduan arah: Kundasang War Memorial Google Map.
  • Bayaran masuk: RM3 Dewasa, RM2 bawah 12 tahun (warganegara).

Apa yang menarik di sini?

Pertama sekali, ia terletak betul-betul dalam pekan Kundasang. Sementara anda berhenti berehat, tak rugi anda luangkan masa untuk singgah di tempat ini.

Bagi yang minat dengan sejarah, bolehlah melihat dan meyelami kisah sewaktu perang dunia ke 2 disini.

Selain itu, bahagian-bahagian dalam taman menarik untuk anda mengambil gambar, terutamanya di bahagian Contemplation Garden.

Di dalam Kundasang war memorial terdapat 4 taman yang bersambung antara satu dengan yang lain:

  • Australian Garden
  • English Garden
  • Borneo Garden
  • Contemplation Garden

Keadaan di Dalam Kundasang War Memorial

Pintu masuk utama terletak berdekatan dengan tapak tamu.

(Belakang tandas awam…😅)

Tiket untuk masuk adalah RM3 untuk orang dewasa (warganegara) dan RM2 untuk kanak-kanak bawah 12tahun.

harga tikey bayaran masuk ke kundasang war memorial

Anda bayar tiket pada kaunter tiket ini:

kaunter tiket kundasang war memorial

Selepas kaunter tiket, kena naik tangga sikit untuk sampai ke atas:

laluan masuk ke kundasang war memorial
Naik tangga untuk sampai ke atas.
laluan sebelum sampai ke kedai kraftangan di kundasang war memorial
Hampir sampai ke dataran utama

Sampai ke dataran utama anda boleh lihat gerai / kedai pameran, menjual kraftangan, makanan dan minuman pada sebelah kanan.

Terdapat juga tempat untuk anda berhenti berehat.

Deretan bangunan kedai pameran, kraftangan, makanan dan minuman di dalam kundasang war memorial
Deretan bangunan / kedai pameran, kraftangan, makanan dan minuman.
Bangku rehat di kundasang war memorial
Bangku rehat di dataran utama.

Pameran dan info kundasang war memorial
Pameran dan info
Kedai menjaul makanan minuman dan kraftangan
Terdapat juga kedai kraftangan, makanan dan minuman.

Maju sedikit ke depan sebelum masuk ke bahagian dalam terdapat tugu pertama:

tugu pertama di kundasang war memorial
” Gone but not Forgotten, Barren but not Broken…”

Selepas itu anda akan masuk ke bahagian utama, taman-taman dalam war memorial ini.

Laluan masuk ke taman-taman dalam kundasang war memorial
Laluan masuk ke taman-taman.

Berikut merupakan gambar dalam taman-taman ini:

Australian Garden

Australian garden
Bahagian dalam Australian Garden.
tugu asutralian garden
Tugu Australian Garden

Bunga-bunga dalam australian garden

English Garden

Laluan ke english garden
Laluan ke English Garden
English garden signboard
English Garden signboard
bahagian dalaman English Garden
Suasana dalam English Garden
tugu English Garden
Tugu English Garden

Borneo Garden

borneo garden sign

Dalam Borneo Garden ini terdapat banyak pokok-poko bunga yang eksotik @ jarang dijumpai seperti pelbagai spesis orkid.

Kalau bernasib baik datang tepat pada masa pokok-pokok ini mengeluarkan bunga, pasti menarik gambar anda.

suasana dalam borneo garden
Suasana dalam Borneo Garden

suasana dalam borneo garden

bunga orkid dalam borneo garden
Pelbagai spesis orkid

orkid dalam borneo garden

Tugu Borneo Garden
Tugu Borneo Garden
Penjara tahanan perang
Penjara tahanan perang

Contemplation Garden

Antara semua taman, mungkin bahagian ini paling cantik untuk mengambil gambar…

laluan masuk ke contemplation garden
Laluan masuk ke Contemplation Garden
suasana dalam contemplation Garden
suasana dalam contemplation Garden
kolam contemplation garden
Ambil dari sudut yang menarik…

kolam contemplation garden

contemplation garden

contemplation garden
Anjung terbuka dalam Contemplation Garden
view dari Contemplation Garden
view dari Contemplation Garden
tugu contemplation garden
Tugu Contemplation Garden
Senarai nama mangsa death march
Senarai nama mangsa ‘Death March’…

Kalau anda nak keluar, ikut pintu ini..terus tembus ke bahagian dataran utama..tak perlu pusing balik ikut garden-garden tadi..

laluan keluar daripada contemplation garden
Laluan keluar daripada Contemplation Garden

Lain-lain

Terdapat juga tayangan video berkaitan dengan peristiwa ‘Deathmarch’ dan war memorial ini jika anda berminat.

Bahagian galeri dan tayangan video
Bahagian galeri dan tayangan video.

Yuran masuk akan dikenakan sebanyak RM20 untuk satu sesi..Minimum untuk satu sesi adalah 10 orang. Kalau dibagi-bagi, seorang dalam RM2.

Kongsikan post ini jika ia bermanfaat pada anda!

Kongsikan post ini:

  • Twitter
  • Facebook
  • Telegram
  • WhatsApp

Berkaitan:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Footer

Selamat bercuti!

Selamat datang ke Ranau!

Goranau dibuat khas untuk membantu percutian anda di sekitar Kundasang dan Ranau.

Goranau membuat review @ penulisan bebas berkaitan dengan perlancongan. Tempat menarik, tempat tinggal, tempat makan dan sebagainya.

Search

POST TERBARU!

  • nombor telefon kecemasan ranau kundasangSenarai Nombor Telefon Penting Ranau [2021]
    Guide
    January 16, 2021
  • lokasi taman arnab di ranau kundasang rv14 Lokasi Taman Arnab di Sekitar Kundasang & Ranau
    Guide, Tempat menarik
    January 15, 2021
  • tempat menarik di sekitar ranau25 Tempat Menarik di Sekitar Ranau [List 2021]
    Guide, Tempat menarik
    January 11, 2021
  • tempat menarik di sekitar kundasang22 Tempat Menarik di Sekitar Kundasang [List 2021]
    Guide, Tempat menarik
    January 2, 2021
  • D’ Mesilau Rabbit Garden [ Tertinggi di Malaysia! ]
    Tempat menarik
    August 24, 2020

Copyright © 2021 ยท Goranau

  • Tentang
  • Hubungi
  • Dasar Privasi