• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
goranau logo ver1

Goranau

Bercuti di Ranau!

  • Tempat menarik
  • Tempat tinggal
  • Semasa
  • Guide

D’ Mesilau Rabbit Garden [ Tertinggi di Malaysia! ]

August 24, 2020 | Tempat menarik | By L. Joseph

Taman arnab tertinggi di Malaysia!

D’Mesilau Rabbit Garden adalah salah satu taman arnab yang boleh anda kunjungi jika anda datang ke Kundasang @ Ranau.

Terletak di aras ketinggian 1,538m menjadikan Mesilau Rabbit Garden ini taman arnab ini yang tertinggi di Malaysia.

Ia merupakan destinasi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Pilihan terbaik jika anda datang bersama keluarga.

Info / Maklumat Panduan Pelawat

Berikut antara maklumat penting yang berkaitan dengan destinasi ini:

  • Lokasi tempat: D’Mesialu Rabbit Garden dalam map
  • Waktu operasi: 8:00AM – 4:00PM (setiap hari)
  • Bayaran masuk: RM5 Dewasa | RM3 Kanak-kanak (warganegara Malaysia)
  • Facebook Page: https://www.facebook.com/MasilauKundasangRabbitGarden

Apa yang anda harus tahu tentang tempat ini

Pertama sekali, destinasi ini amat sesuai untuk keluarga terutama sekali jika anda membawa anak kecil (kanak-kanak).

arnab yang bersih dan jinak

Arnab-arnab yang comel dan jinak ini pasti menarik perhatian dan membuatkan anak kecil gembira.

Persekitaran yang sejuk juga membuatkan destinasi ini sesuai untuk dikunjungi sepanjang masa.

Kombinasi persekitaran yang sejuk, persekitaran yang hijau dan bersih dan pemandangan di tempat ini menjanjikan kepuasan pada diri anda.

Sekumpulan arnab sedang berehat dan menunggu makanan diberikan

Anda boleh duduk dikerusi yang disediakan sambil melihat tingkah laku si arnab dengan lebih dekat.

arnab makan di telapak tangan

Anda juga boleh menarik perhatian si arnab dengan memberikannya makanan. Makanan boleh dibeli daripada kaunter tiket masuk.

(Makanan dari luar tidak dibenarkan)

Simpang masuk ke tempat ini terletak disebelah kiri jika anda datang dari arah pekan Kundasang.

Papan tanda simpang masuk ke D' Mesilau Rabbit Garden
Papan tanda simpang masuk ke D’ Mesilau Rabbit Garden.

Terdapat 2 lokasi parking bawah dan atas (berdekatan dengan restoran / kaunter tiket).

Kena berhati-hati jika nak parking kerana kedudukan nya di lereng bukit dan agak sempit.

Jika kena waktu sibuk (hujung minggu / cuti sekolah) mungkin agak sukar sedikit untuk mendapatkan parking kereta.

Untuk sampai ke taman arnab, anda kena berjalan kaki dan mendaki bukit sedikit.

jalan naik ke taman arnab

Sewaktu berada dilaman ini juga kena sedikit berhati-hati terutama sekali untuk anak-anak kecil kerana bentuk muka buminya agak curam dan mungkin agak licin jika permukaan rumput / tanah basah.

Apapun, destinasi ini berbaloi untuk anda kunjungi ketika berada di Kundasang @ Ranau.

Suasana di dalam D’mesilau Rabbit Garden

Antara koleksi gambar yang diambil di taman ini:

taman arnab tertinggi di Malaysia
Taman arnab tertinggi di Malaysia!
Jalan masuk ke taman arnab
Simpang masuk ke D’Mesilau Rabbit Garden.
kaunter bayaran tiket
Kaunter bayaran tiket
bayaran masuk dmesilau rabbit garden
Kadar bayaran msuk ke taman arnab Mesilau.
tempat basuh tangan
Tempat basuh tangan sebelum masuk dan selepas keluar dari taman.
peraturan masuk
Ingat, jangan masuk curi-curi, jaga kebersihan dan jangan tarik telinga arnab ya.
Batu rabbit garden
Berlatarkan view gunung..

Suasana di dalam taman…

taman arnab lereng bukit mesilou

arnab santai

arnab garden view

arnab garden view

arnab garden view

view puncak tertinggi arnab garden
View dari puncak tertinggi dalam arnab garden.
arnab posing
Hello, nama saya Jack… The Rabbit.

sepasang arnab

pasangan arnab hitam putih

pasangan arnab brown

hello saya arnab

arnab single

arnab santai

arnab posing
Hello, nama saya Jack… The Rabbit.

arnab rehat pokok

arnab posing makan

Jack sedang makan

arnab menjamu selera

arnab marah

arnab hitam putih

arnab berkumpulan

arnab bermain

arnab cheers
Selamat bercuti… Cheers!!!

Kongsikan untuk mereka yang nak bercuti!

Kongsikan post ini:

  • Twitter
  • Facebook
  • Telegram
  • WhatsApp

Berkaitan:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Footer

Selamat bercuti!

Selamat datang ke Ranau!

Goranau dibuat khas untuk membantu percutian anda di sekitar Kundasang dan Ranau.

Goranau membuat review @ penulisan bebas berkaitan dengan perlancongan. Tempat menarik, tempat tinggal, tempat makan dan sebagainya.

Search

POST TERBARU!

  • lokasi hiking kundasang24 Lokasi Hiking di Sekitar Kundasang, Ranau 2022
    Guide
    February 5, 2022
  • nombor telefon kecemasan ranau kundasangSenarai Nombor Telefon Penting Ranau [2022]
    Guide
    January 16, 2022
  • tempat menarik di sekitar ranau25 Tempat Menarik di Sekitar Ranau [List 2022]
    Guide, Tempat menarik
    January 11, 2022
  • tempat menarik di sekitar kundasang22 Tempat Menarik di Sekitar Kundasang [List 2022]
    Guide, Tempat menarik
    January 2, 2022
  • apa itu hikingApa itu Hiking?
    Guide
    November 1, 2021

Copyright © 2022 ยท Goranau

  • Tentang
  • Hubungi
  • Dasar Privasi