• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
goranau logo ver1

Goranau

Bercuti di Ranau!

  • Tempat menarik
  • Tempat tinggal
  • Semasa
  • Guide

4 Lokasi Taman Arnab di Sekitar Kundasang & Ranau

January 15, 2021 | Guide, Tempat menarik | By L. Joseph

Jika anda merancang untuk melihat arnab @ rabbit di Kundasang / Ranau.

Taman arnab @ rabbit garden adalah lokasi terbaik untuk melengkapkan percutian anda.

Disini kami senaraikan beberapa lokasi taman arnab di sekitar kawasan pekan kecil Kundasang dan pekan Ranau.

Anda boleh pilih lokasi mana yang nak dilawati.

Lokasi Taman arnab di Kundasang & Ranau

Berikut senarainya:

  1. D’mesilau Rabbit Garden
  2. Ranau Rabbit Farm
  3. Arnab Village Ranau
  4. Sejati Arnab Farm

Teruskan membaca untuk info lanjut.

1D’mesilau Rabbit Garden

taman arnab di mesilou kundasang

  • Masa operasi: 9.00AM – 4:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM5 Dewasa, RM3 Kanak-kanak.
  • Hubungi: 011-3164 2707
  • Jarak: 14 minit/5.4km dari pekan Kundasang.
  • Panduan arah Google Map.

Taman arnab yang dikatakan tertinggi di Malaysia dan satu-satunya di kawasan Kundasang.

Persekitaran yang sejuk juga membuatkan destinasi ini sesuai untuk dikunjungi sepanjang masa.

arnab di mesilau rabbit garden
Arnab di Mesilau Rabbit Garden.
duduk bersama arnab
Duduk bersama arnab.
kabus di mesilau rabbit garden
Suasana berkabus di Mesilau Rabbit Garden.

Cuma kena berhati-hati terutama untuk anak kecil, kerana keadaan bentuk muka buminya yang agak curam.

arnab garden view
Bentuk muka bumi agak curam.

Kombinasi persekitaran yang sejuk, persekitaran yang hijau dan bersih dan pemandangan di tempat ini menjanjikan kepuasan pada diri anda.

2Ranau Rabbit Farm

ranau rabbit farm

  • Masa operasi: 9.00AM – 6.00PM, setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM3 dewasa, RM2 kanak-kanak.
  • Hubungi: 019 8329868 / 013 5418600
  • Jarak: 15minit/9.1km dari pekan Ranau
  • Panduan arah Google Map

Taman arnab mempunyai kelebihan tersendiri. Ia berlatarkan permandangan gunung Kinabalu.

arnab berlatarkan gunung kinabalu
Gambar arnab berlatarkan Gunung Kinabalu.

ranau rabbit farm

Untuk dapat permandangan gunung yang jelas datang pada waktu pagi.

Suasana didalam taman juga dijaga dengan baik dan bersih.

kumpulan arnab di ranau rabbit garden
Arnab-arnab di Ranau Rabbit Garden.
arnab yang jinak
Persekitaran bersih, arnab yang jinak…

Keadaan bentuk muka bumi pula rata, tiada cerunan dan selamat untuk anak kecil.

Terdapat juga mini cafe untuk anda berehat dan menjamu selera.

3Arnab Village Ranau

Arnab Village Ranau di kg purakagis

  • Masa operasi: 8.00AM – 5.00PM, setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM6 dewasa, RM3 kanak-kanak.
  • Hubungi: 010-955 0019
  • Jarak: 11 minit/6.1km dari pekan Ranau.
  • Panduan arah Google Map

Lokasi yang baik untuk keluarga terutama yang mempunyai anak kecil. Taman arnab yang luas.

kawasan besar taman arnab ranau
Kawasan persekitaran yang luas.
Boleh bagi arnab makan di arnab village garden
Bagi arnab makan sambil enjoy aiskrim…
arnab sedang berehat
Arnab sedang berehat.

Terdapat tempat-tempat yang didirikan untuk mengambil gambar.

Selain arnab terdapat beberapa tarikan lain seperti kebun anggur, kucing dan hamster.

Anda juga boleh ambil gambar. Terdapat banyak struktur yang dibuat khas untuk mengambil gambar.

tree house arnab village garden
‘Tree House’ di Arnab Village Garden.

Kena berhati-hati memandu untuk sampai ke tempat ini. Jalanraya tidak berapa baik tapi masi boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

4Sejati Arnab Farm

sejati arnab farm

  • Masa operasi: 9.00AM – 6.00PM, setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak.
  • Hubungi: 0139969664 / 0195302635
  • Jarak: 26minit/19km dari pekan Ranau
  • Panduan arah Google Map

Lokasi taman arnab ini terletak di Kg. Poring. Jika anda nak menuju ke Hot Poring, ambil kesempatan untuk singgah dekat sini.

tempat menarik bertemakan arnab di ranau

sejati arnab farm
Arnab yang jinak dan ramah mesra.

Keadaan persekitaran lebih kepada alam semulajadi dengan persekitaran yang masih dilitupi oleh hutan.

persekitaran hutan sejati arnab farm
Persekitaran hijau hutan jauh dari kesibukan.

Selain arnab terdapat kolam ikan dimana anda boleh lihat dan bagi ikan makan atau mencuba pedal boat (boat basikal).

pedal boat sejati arnab farm
Boleh cuba boat basikal di Sejati Arnab Farm.

Dan bunga Rafflesia jika kena pada waktunya.

Terdapat beberapa lagi taman arnab kecil-kecilan atau mempunyai tema arnab di Ranau seperti Kinomulok Garden yang kami tidak nyatakan disini.

Diharapkan senarai ini bermanfaat untuk percutian anda.

Selamat bercuti!

(Kongsikan post ini jika ia membantu anda)

Baca juga:

  • Tempat Menarik di Sekitar Kundasang
  • Tempat Menarik di Sekitar Ranau

Kongsikan post ini:

  • Twitter
  • Facebook
  • Telegram
  • WhatsApp

Berkaitan:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Footer

Selamat bercuti!

Selamat datang ke Ranau!

Goranau dibuat khas untuk membantu percutian anda di sekitar Kundasang dan Ranau.

Goranau membuat review @ penulisan bebas berkaitan dengan perlancongan. Tempat menarik, tempat tinggal, tempat makan dan sebagainya.

Search

POST TERBARU!

  • lokasi hiking kundasang24 Lokasi Hiking di Sekitar Kundasang, Ranau 2022
    Guide
    February 5, 2022
  • nombor telefon kecemasan ranau kundasangSenarai Nombor Telefon Penting Ranau [2022]
    Guide
    January 16, 2022
  • tempat menarik di sekitar ranau25 Tempat Menarik di Sekitar Ranau [List 2022]
    Guide, Tempat menarik
    January 11, 2022
  • tempat menarik di sekitar kundasang22 Tempat Menarik di Sekitar Kundasang [List 2022]
    Guide, Tempat menarik
    January 2, 2022
  • apa itu hikingApa itu Hiking?
    Guide
    November 1, 2021

Copyright © 2022 · Goranau

  • Tentang
  • Hubungi
  • Dasar Privasi