• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
goranau logo ver1

Goranau

Bercuti di Ranau!

  • Tempat menarik
  • Tempat makan
  • Tempat tinggal
  • Semasa
  • Guide

22 Tempat Menarik di Sekitar Kundasang [List 2021]

January 2, 2021 | Guide, Tempat menarik | By L. Joseph

Senarai tempat yang boleh anda lawati ketika berada di Kundasang.

(TIDAK termasuk kawasan menarik sekitar atau selepas pekan Ranau atau tempat penginapan yang menarik)

Untuk tempat menarik di sekitar pekan Ranau boleh rujuk:

  • Senarai Tempat Menarik di Sekitar pekan Ranau.

Kami kumpulkan senarai tempat-tempat menarik di sekitar kawasan kundasang untuk panduan percutian anda.

Bermula dari tempat berdekatan dengan pekan kecil Kundasang ke lokasi yang lebih jauh.

Jadikan senarai ini sebagai panduan agar percutian anda lebih menyeronokkan.

Sesetengah tempat mungkin ditutup sementara atas sebab-sebab tertentu seperti COVID-19.

Senarai tempat menarik di Kundasang

Berikut senarainya:

  1. Kundasang War memorial
  2. Kundasang Selfie Garden
  3. One Stop Selfie Kundasang
  4. Dataran Sayur, Buah & Bunga
  5. Strawberry & Rose Garden
  6. Culvert View
  7. Jic Seng Nursery
  8. ATV Borneo Adventure
  9. Sosodikon Hill Kundasang
  10. Pyramid hill
  11. Desa Cattle Dairy farm
  12. Mesilou Cat’s Village
  13. Kundasang Aquafarm
  14. D’mesilau Rabbit Garden
  15. Mesilou Hill
  16. Mesilou Highland Strawberry Farm
  17. Borneo Mushroom Factory
  18. 1850 Mesilou Mt. Retreat & Farm
  19. Sunrise Recreation Homestay & Chalet
  20. B.E Wonderland
  21. Kinabalu Park
  22. BW Bus Restaurant

Teruskan membaca untuk info penuh:

1Kundasang War Memorial

kundasang war memorial

  • Masa operasi: 8.30AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM3 dewasa, RM2 kanak-kanak (12 tahun)
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Destinasi bersejarah, suasana tenang dan menyegarkan, view gunung Kinabalu yang jelas jika tidak berkabus.

Laluan masuk ke taman-taman dalam kundasang war memorial
Laluan masuk ke taman-taman.

Bentuk bangunan, tumbuhan, bunga, susun atur, suasana yang sejuk dan nyaman di tempat ini pasti akan suatu perasaan kepuasan dalam diri anda.

Anda boleh baca lebih lanjut dekat sini: Destinasi Bersejarah Kundasang War Memorial.

2Kundasang Selfie Garden

kundasang selfie garden

  • Masa operasi: 8.30AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM3 dewasa, RM2 kanak-kanak (12 tahun)
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Lokasi untuk anda berselfie berlatarkan gunung Kinabalu berserta beberapa tema pilihan seperti frame, jendela hati, kerusi, pohon kayu, kapal terbang.

Salah satu daripada 2 tempat khas untuk selfie di pekan Kundasang.

Berbaloi jika anda mahu dapatkan gambar menarik untuk percutian anda.

Love Kundasang Sign
Love Kundasang Sign

Anda boleh baca lebih lanjut dekat sini: Kundasang Selfie Garden.

3One Stop Selfie Kundasang

One stop selfie kundasang - lokasi selfie di pekan kundasang

  • Masa operasi: 8.30AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM3 dewasa, RM2 kanak-kanak (12 tahun)
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Tempat untuk anda ber-selfie atau wefie yang juga berlatarkan gunung Kinabalu dan tema-tema lain seperti frame, jendela dan “I Love Kundasang”.

Tempat selfie ini juga berada di pekan Kundasang, selepas pusingan bulatan Kubis.

Anda boleh pilih nak masuk mana satu.

Anda boleh baca lebih lanjut dekat sini: One Stop Selfie Kundasang.

4Dataran Sayur, Buah & Bunga

dataran tempat beli sayur buah bunga jeruk dan cenderahati di pekan Kundasang

  • Masa operasi: 7.00AM – 6:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: Tiada bayaran.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Anda boleh dapati dan beli pelbagai produk seperti sayur, buah, bunga sehinggalah ke produk makanan, hiasan dan cenderahati disini.

Lokasi ini adalah paling dekat dengan pekan Kundasang dan paling mudah untuk anda kunjungi.

Terdapat beberapa lagi lokasi lain seperti sekitar tepi jalan besar menuju ke pekan Ranau.

dataran sayur dan buah di Kundasang
Bunga, sukulen (kaktus) dan pokok bonsai yang dijual di dataran sayur dan buah Kundasang.

Harga setiap barangan yang dijual boleh dikatakan agak berpatutan. Contohnya RM10 untuk 3 jenis sayuran.

(Bergantung kepada kepakaran anda untuk tawar menawar).

5Strawberry & Rose Garden

strawberry dan rose garden antara tempat menarik di kundasang

  • Masa operasi: 9.00AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM2.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Pelbagai jenis bunga ros, bunga-bunga eksotik, tumbuhan sukulen (kaktus) dan juga strawberry.

Jika anda minat nak tengok bunga, bunga ros dan nak rasa strawberry yang fresh boleh singgah sini.

6Culvert View

tempat menarik culvert view

  • Masa operasi: 10.00AM – 3:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM10 Dewasa, RM6 Kanak-kanak (12 tahun), Anak kecil Tiada bayaran (4 tahun).
  • Perhubungan: Telefon 0168324872, email culvertview@gmail.com
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Tempat yang menarik untuk anda ambil gambar. Pentas seperti ‘Stairway in the sky’, ‘Sky reflection’, buaian disamping permandangan berlatarkan gunung Kinabalu.

suasana malam culvert view
Suasana waktu malam di Culvert View.
foto di platform reflection
Ambil foto di platform ‘reflection’.

Tempat ini sebenarnya adalah tempat penginapan, tapi ia juga dibuka untuk pengunjung mengambil gambar dengan bayaran.

Sementara anda disini, boleh juga cuba untuk menikmati minuman istimewa yang dijual oleh mereka.

7Jic Seng Nursery

Jic Nursery

  • Masa operasi: 8.00AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: Tiada bayaran. Bunga dijual dengan harga berpatutan.
  • Perhubungan: Telefon 0165827667.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Surga untuk peminat bunga. Terdapat pelbagai jenis bunga dijual dengan harga berpatutan – Bunga, tumbuhan sukulen, periuk kera, orkid.

Baca juga: 3 Tempat Beli Bunga yang senang dikunjungi di sekitar Kundasang & Ranau.

Alatan dan keperluan berkebun untuk bunga juga ada dijual disini.

kaktus di Jic
Kaktus yang dijual di JIC Seng.

Anda juga berpeluang untuk mengambil gambar berlatarkan bunga dan gambar bunga.

(Jangan masuk untuk ambil gambar sahaja ya, beli juga bunganya…)

8ATV Borneo Adventure

ATV Borneo Adventure Kundasang

  • Masa operasi: 9.00AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran ride: RM110 Single Rider, RM150 Double Rider.
  • Booking ride: WhatsApp 01133248131.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Trip di sekitar Kundasang dengan menggunakan ATVs (All Terrain Vehicles).

Laluan yang ditetapkan membolehkan anda mengamati permandangan indah disekitar Kundasang berlatarkan gunung Kinabalu.

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk laman rasmi: ATV Borneo Adventure.

9Sosodikon Hill Kundasang

tempat hiking sosodikon hill

  • Masa operasi: 6.00AM – 6:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM3 Dewasa, RM1 bawah 12 tahun, percuma bawah 6 tahun.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Lokasi hiking santai untuk keluarga. Permandangan yang cantik dan udara yang segar. Baik untuk kesihatan.

pintu masuk ke sosodikon hill
Entrance untuk memulakan pendakian Sosodikon Hill.

Untuk lebih menarik kunjungi lokasi ini sewaktu golden hour – Sejam sebelum matahari terbit atau terbenam.

Anda boleh baca lebih lanjut dekat sini: Sosodikon Hill Lokasi Hiking untuk Keluarga

10Pyramid hill

lokasi hiking menarik pyramid hill

  • Masa operasi: 6.00AM – 6:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM3 Dewasa.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Lokasi hiking yang agak sedikit mencabar. Menjanjikan kepuasan diri dan gambar yang menarik jika sampai ke puncak.

Lepas simpang ke Sosodikon hill, kedepan, turun bukit dan anda akan sampai ke lokasi hiking ini.

Trail mungkin kurang sesuai untuk keluarga dengan anak kecil dan perlu lebih berhati-hati.

11Desa Cattle Dairy farm

lembu di desa cattle dairy farm

  • Masa operasi: 8.00AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM5 dewasa, RM4 bawah 12 tahun dan percuma kanak-kanak bawah 6 tahun.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Permandangan cantik berlatarkan gunung Kinabalu, dengan lembu ala-ala New Zealand. Cantik untuk gambar.

gelato desa cattle
Produk Gelato Desa Cattle.

Selain itu anda boleh menikmati produk Desa Gelato, menjamu selera, beri makan pada anak lembu dan kambing, hilangkan stress melihat lembu meragut rumput.

12Mesilou Cat’s Village

tempat menarik untuk cat lover

  • Masa operasi: 8.30AM – 4:30PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM4 dewasa, RM3 bawah 12 tahu, bawah 4 tahun percuma.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Kucing yang jinak dan peramah dan bibit / anak bunga untuk dijual.

Jika anda cat lover, tempat ini pasti sangat menarik untuk anda.

Boleh lihat info lanjut sini: Mesilou Cat Village: Destinasi Wajib Cat Lover.

13Kundasang Aquafarm

Kundasang AquaFarm

  • Masa operasi: 8.00AM – 5:00PM setiap hari. Rehat 12.00PM-1.00PM
  • Bayaran masuk: RM2. Percuma kanak-kanak bawah 3 tahun.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Sayur, sayur, sayur dan ikan. Ada Kale, daun salad, coral lettucce, choy sam… Boleh beli sayur segar petik sendiri disini.

Anda boleh lihat bagaimana tanaman hidroponik yang nyata (selain dalam youtube).

Tempat menarik untuk kunjungan keluarga.

14D’mesilau Rabbit Garden

daya tarikan arnab di mesilou

  • Masa operasi: 9.00AM – 4:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM5 Dewasa, RM3 Kanak-kanak.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Arnab yang jinak, suasana yang menyegarkan dan permandangan yang cantik.

Taman arnab tertinggi di Malaysia!

arnab posing makan

Destinasi menarik untuk seisi keluarga.

Anda boleh sentuh arnab, beri makan atau duduk berehat melihat arnab sambil menghayati suasana yang menenangkan.

15Mesilou Hill

mesilou hill di kundasang

  • Masa operasi: 6.00AM – 6:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM3.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Lokasi hiking di Mesilou yang menjanjikan permandangan yang memuaskan.

Jika anda suka hiking jangan lepaskan untuk kunjungi lokasi ini.

Lokasi ini agak kurang popular tetapi ianya wujud.

Trail mungkin agak sedikit mencabar kerana bersifat ‘lebih semulajadi@mesra alam’.

(Mesilou Hill photo kredit to: www.ulanzulcar9.com)

16Mesilou Highland Strawberry Farm

mesilou highland strawberry farm

  • Masa operasi: 8.00AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM2.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Boleh petik strawberry dari pokoknya, makan strawberry fresh, cuba produk strawberry seperti aiskrim, shake dan strawberry kering.

Selain itu anda boleh duduk berehat, ambil gambar cantik-cantik dan menikmati permandangan yang cantik.

17Borneo Mushroom Factory

  • Masa operasi: 8.00AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM5 dewasa, RM3 remaja.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Konsep melawat sambil belajar. Persekitaran yang segar. Boleh beli mushroom jika nak cuba tanam sendiri.

Ada jual shiitake mushroom, oyster, black jelly dan lin zhi mushroom.

181850 Mesilou Mt. Retreat & Farm

1850 Mesilou Mt Retreat n Farm

  • Masa operasi: 8.00AM – 4:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM3 dewasa, RM1 kanak-kanak bawah 12 tahun.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Kebun strawberry, tumbuhan herba, bunga, sayur. Boleh petik dan beli strawberry. Suasana permandangan yang indah, tenang dan menyegarkan.

Terdapat juga taman permainaan untuk kanak-kanak, buaian, water fountain dan struktur yang dibina khas untuk tempat mengambil gambar.

Jika anda mahu anda boleh tinggal di rumah yang disediakan. Tapi kena booking lebih awal.

19Sunrise Recreation Homestay & Chalet

flying fox Sunrise Recreation / mount valley recreation

  • Masa operasi: 8.00AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM22 dewasa, RM12 kanak-kanak bawah 12 tahun.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Flying fox, archery, cafe & restoran, mini mart, handicraft & souvenir dan suana menarik untuk mengambil gambar.

Dahulunya sebelum rebranding, tempat ini dikenali sebagai ‘Kundasang Mount Valley Recreation & Resort‘.

Tempat ini umumnya adalah resort. Tapi anda boleh juga datang walk-in untuk aktiviti yang ditawarkan oleh mereka.

Bayaran dikenakan untuk setiap aktiviti contohnya RM22 untuk flying fox, RM22 untuk 14 batang anak panah (archery).

BE Wonderland juga berada dilokasi ini.

(Anda boleh ambil pakej RM50 per person untuk 3 aktiviti – flying fox, archery dan BE Wonderland)

20B.E Wonderland

be wonderland salah satu tempat menarik di kundasang

  • Masa operasi: 8.00AM – 5:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM22 dewasa, RM12 kanak-kanak bawah 12 tahun.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Jelajahi pelbagai suasana di dalam BE Wonderland. Musim sejuk, panas, luruh, magic mirror, Sabahan old kampung house dan banyak lagi. Banyak gambar cantik-cantik boleh diambil.

Anak kecil pasti gembira menjelajah dekat dalam BE Wonderland ini.

Tempat menarik ini sebenarnya termasuk sebahagian daripada daya tarikan di Sunrise Recreation Kundasang.

21Kinabalu Park

tempat menarik di kundasang kinabalu park

  • Masa operasi: 9.00AM – 4:00PM setiap hari.
  • Bayaran masuk: RM2 dewasa, RM1 kanak-kanak.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: 8 trail pilihan untuk melihat keindahan alam, tumbuhan dan bunga eksotik di botanical garden dan tempat menjamu selera.

Anda boleh baca maklumat lanjut disini: Kinabalu Park – World Heritage Site.

Boleh ambil gambar alam semulajadi disini.

Ketika berada di dalam Kinabalu Park anda boleh lawat sekali Timpohon Gate, tempat bermulanya pendakian Gunung Kinabalu.

tupai di timpohon gate
Jangan lupa bawa kacang untuk tupai di Timpohon Gate.

22BW Bus Restaurant

bw tempat menarik di kundasang

  • Masa operasi: 9.00AM – 9:00PM setiap hari.
  • Lokasi Google Map

Apa yang menarik: Tempat menjamu selera yang menarik. Pilihan juadah yang menarik. Boleh ambil gambar sambil makan.

Juadah di BW Bus Restaurant
Juadah di BW Bus Restaurant.

Anda boleh lihat facebook page mereka untuk rujukan: BW Bus Restaurant Facebook.

Senarai tempat menarik di kundasang ini akan sentiasa kami perbaharui dari masa ke semasa.

Diharap post ini dapat membantu menyeronokkan lagi percutian anda.

Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!

Kongsikan post ini:

  • Twitter
  • Facebook
  • Telegram
  • WhatsApp

Berkaitan:

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Footer

Selamat bercuti!

Selamat datang ke Ranau!

Goranau dibuat khas untuk membantu percutian anda di sekitar Kundasang dan Ranau.

Goranau membuat review @ penulisan bebas berkaitan dengan perlancongan. Tempat menarik, tempat tinggal, tempat makan dan sebagainya.

Search

POST TERBARU!

  • nombor telefon kecemasan ranau kundasangSenarai Nombor Telefon Penting Ranau [2021]
    Guide
    January 16, 2021
  • lokasi taman arnab di ranau kundasang rv14 Lokasi Taman Arnab di Sekitar Kundasang & Ranau
    Guide, Tempat menarik
    January 15, 2021
  • tempat menarik di sekitar ranau25 Tempat Menarik di Sekitar Ranau [List 2021]
    Guide, Tempat menarik
    January 11, 2021
  • tempat menarik di sekitar kundasang22 Tempat Menarik di Sekitar Kundasang [List 2021]
    Guide, Tempat menarik
    January 2, 2021
  • D’ Mesilau Rabbit Garden [ Tertinggi di Malaysia! ]
    Tempat menarik
    August 24, 2020

Copyright © 2021 · Goranau

  • Tentang
  • Hubungi
  • Dasar Privasi