Senarai tempat menarik yang boleh anda kunjungi untuk sekitar pekan Ranau.
(Tidak termasuk tempat menarik di sekitar Kundasang)
Untuk sekitar kawasan Kundasang anda boleh baca:
Berikut adalah senarai terkini tempat menarik di Sekitar pekan Ranau.
Jadikan senarai ini sebagai rujukan anda jika merancang untuk datang ke Kundasang Ranau.
Harap bermanfaat pada anda.
Selamat bercuti!
Sesetengah tempat mungkin ditutup sementara atas sebab-sebab tertentu seperti COVID-19.
Senarai tempat menarik di Ranau
Senarai terkini:
- Little Wonderland Park
- 3D Little Village & stingless bee Farm
- Arnab Village Ranau
- Hamster World Ranau
- Cat Nature Park
- Taman Kelulut Eraros Kinapulidan
- Ranau Paragliding Park
- Kinomulok Garden
- Sably Goat Haven
- Damai Eco Ranch
- Langkuag FarmVill
- Adenna Rafflesia Garden
- Sejati arnab farm
- Poring Hot Spring
- Pondok Manggas, Poring Treetop Canopy Walk
- Kipungit waterfall
- Langganan Waterfall
- Gua Kelawar
- Sungai Biru
- Extreme ATV Marakau
- Kokob Rafflesia Conservation Garden
- Ranau Rabbit Farm
- Tagal Sungai Moroli Luanti
- Sabah Tea
- (Bonus) Bekas Tapak Lombong Mamut
Teruskan membaca untuk melihat satu persatu senarai diatas:
1Little Wonderland Park
- Masa operasi: 8.30AM – 4.30PM.
- Bayaran masuk: RM6 Dewasa, RM3 kanak-kanak.
- Hubungi: 0168117208 / 0135454589 / 0198606823
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Lihat dan ambil gambar bersama arnab, burung, monyet, kerbau, rusa, kura-kura, kambing, struktur dan monumen menarik.
Mungkin seperti mini zoo di mana anda boleh berinteraksi dan mengambil gambar bersama haiwan ini.
23D Little Village & stingless bee Farm
(Tempat menarik ini mungkin ditutup sementara, sila hubungi empunya untuk kepastian sebelum datang)
- Masa operasi: 8.30AM – 4.30PM.
- Bayaran masuk: RM3 – RM5.
- Hubungi: 0138541235
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Pameran Stingless bee @ kelulut dan juga model-model mini 3D bangunan dari seluruh dunia seperti London Bridge dan Menara eiffel.
Terdapat juga rumah pokok, haiwan comel, taman dan suasana permandangan di kampung untuk variasi percutian dan gambar anda.
3Arnab Village Ranau
- Masa operasi: 8.00AM – 5.00PM, setiap hari.
- Bayaran masuk: RM6 dewasa, RM3 kanak-kanak.
- Hubungi: 010-955 0019
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Taman yang dipenuhi dengan arnab-arnab. Boleh ambil gambar arnab, bergambar bersama arnab, sentuh arnab dan bagi arnab makan.
Tempat menarik di Ranau yang sangat sesuai untuk kunjungan keluarga bersama anak kecil.
4Hamster World Ranau
- Masa operasi: 8.00AM – 5.00PM, setiap hari.
- Bayaran masuk: RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak.
- Hubungi: 010-955 0019
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Tedapat banyak hamster. Hamster yang comel. Rumah hamster dihiasi dengan struktur senibina terkenal dari serata dunia.
Lokasi menarik terutama jika anda membawa anak kecil @ kanak-kanak. Dibenarkan untuk menyentuh hamster.
5Cat Nature Park
(Foto Nur Isafarah)
- Masa operasi: 8.00AM – 5.00PM, setiap hari.
- Bayaran masuk: RM4 dewasa, RM3 kanak-kanak, Percuma bawah 3 tahun, OKU.
- Hubungi: 011-3647 3729
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Lokasi menarik di Ranau yang bertemakan kucing dan alam semulajadi. Terdapat banyak kucing dan pelbagai spesis disini. Tempat istimewa untuk cat lover.
Kucing bebas bergerak di dalam taman. Anda boleh beri makanan pada kucing. Paket makanan kucing berharga lebih kurang RM3 sepaket.
Boleh ambil gambar bersama kucing. Terdapat juga struktur yang disediakan untuk mengambil gambar.
6Taman Kelulut Eraros Kinapulidan
- Masa operasi: 8.00AM – 3.30PM (setiap hari). Rehat 12.00-1.00PM
- Bayaran masuk: RM2 dewasa, RM1-1.50 kanak-kanak.
- Hubungi: 0128754392
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Tempat menarik di Ranau untuk anda menjauhi diri dari kesibukan seharian. Sesuai untuk family outing, boleh camping, mandi sungai, bbq, lihat penternakan stingless bee @ kelulut.

Anda juga boleh menikmati madu fresh dari sarang kelulut (3 kantung madu RM2).
Tempat yang cantik dan aman.
7Ranau Paragliding Park
(Foto kredit kepada TravelSIF)
- Masa operasi: 9.00AM – 4.00PM (setiap hari).
- Bayaran masuk: RM180+.
- Hubungi:017-3883112 (Hubungi untuk tempah lebih awal)
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Terbang bebas macam burung di udara selama 7-15 minit dalam ketinggian lebih kurang 870 kaki di udara.
“Semua orang boleh terbang…”
Siapa yang mahu kelainan dalam percutian boleh cuba terbang paragliding.
8Kinomulok Garden
- Masa operasi: 8.00AM – 5.00PM (setiap hari).
- Bayaran masuk: RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak.
- Hubungi:0132920241
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Lokasi menarik di Ranau yang menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti seperti penginapan, mini dewan untuk majlis, taman orkid, taman arnab, ATV motor ride, kolam renang dan kolam ikan.


Disini juga terdapat Rumah Hobit.

Dan juga cafe yang menawarkan pelbagai jenis menu yang sedap – sedap.
9Sably Goat Haven
- Masa operasi: 9.00AM – 5.00PM (setiap hari).
- Bayaran masuk: RM7 dewasa, RM5 kanak-kanak (pakej berserta makanan kambing).
- Hubungi:011-1610 8693
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Kambing yang jinak. Ambil gambar bersama kambing, beri makan pada kambing, sentuh kambing, kejar dan dikejar kambing.
Ada juga dijual susu kambing yang segar dan juga aiskrim istimewa.
Variasi tempat menarik bertemakan binatang di Ranau.
10Damai Eco Ranch
- Masa operasi: 8.00AM – 5.00PM (setiap hari).
- Bayaran: Berbeza mengikut aktiviti yang anda sertai.
- Hubungi:088877902 / 0163695462
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Tempat menarik di Ranau terutamanya yang berkeluarga. Pelbagai aktiviti dekat sini. Ada penginapan, boleh memancing, BBQ, swimming pool, ATV Ride, tempat menjamu selera, flying fox, paddle boat, archery, paintball, basikal.

Terdapat juga aktiviti lasak seperti kayak, hiking, jungle trekking, downhill mountain bike.
Masuk percuma dan bayaran berbeza dikenakan untuk setiap aktiviti yang anda nak cuba.
11Langkuag FarmVill
- Masa operasi: 8.00AM – 5.00PM (setiap hari).
- Bayaran: Berbeza mengikut aktiviti yang anda sertai.
- Hubungi:0138650545
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Tempat menarik yang juga bertemakan pelbagai aktiviti seperti ATV fun ride, memancing, paddle boat dan swimming pool.
Masuk adalah percuma namun bayaran akan dikenakan mengikut aktiviti yang anda sertai.
Contoh untuk mandi RM2, sewa pelampung RM5, memancing joran bawa sendiri dan bayaran ikut ikan yang dipancing, ATV RM45 untuk 30 min, Paddle boat RM20 – RM40 untuk 30 minit.
12Adenna Rafflesia Garden
- Masa operasi: 8.00AM – 5.00PM (setiap hari).
- Bayaran: RM10-RM20 bergantung kepada perubahan semasa.
- Hubungi:0198011602 / 0138754254 (Call untuk pastikan musim bunga berkembang)
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Lihat bunga terbesar dari jarak dekat – Bunga Rafflesia.
Bukan semua orang berpeluang dapat ambil gambar bersama bunga ini.
Sementara berada di Ranau boleh anda cuba nasib hubungi nombor diatas. Siapa tahu anda datang tepat pada masa bunga Rafflesia berkembang.
13Sejati arnab farm
- Masa operasi: 9.00AM – 6.00PM (setiap hari).
- Bayaran: RM5.
- Hubungi:0139969664 / 0195302635
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Lokasi menarik bertemakan arnab. Terdapat lebih dari 200 ekor arnab dekat sini. Boleh sentuh, bagi makan dan ambil gambar bersama arnab.

Selain arnab terdapat juga paddle boat, struktur dibina untuk tempat mengambil gambar, mini kedai runcit dan cenderahati dan juga swimming pool.
14Poring Hot Spring
- Masa operasi: 9.00AM – 5.00PM (setiap hari).
- Bayaran: RM3 dewasa, RM1 kanak-kanak, 6 tahun ke bawah PERCUMA.
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Tempat menarik bertemakan kolam air panas, air sejuk dan alam semulajadi. Ambil peluang untuk berendam dan mandi air panas semulajadi sini.
Terdapat beberapa kolam pilihan untuk anda mandi dekat sini:
- Rock Pool – Kolam air sejuk dimana airnya diambil terus dari sungai gunung Kinabalu. Percuma.
- Public Hot Spring Tub – Kolam air panas terbuka untuk dikongsi bersama. Percuma.
- Slide Pool – Kolam air sejuk istimewa yang dilengkapi dengan water slides. Bayaran masuk RM3 sejam.
- Enclosed Bath Tub – Kolam air panas persendirian. Anda boleh mandi dan berendam air panas tanpa gangguan dekat sini. Tempat tertutup. RM15 untuk sejam.

Selain dari ambil mandi anda boleh ambil peluang untuk melawat taman rama-rama yang juga berada dalam kawasan ini.
(dan beberapa tempat lain seperti bahagian berikutnya).
15Pondok Manggas, Poring Treetop Canopy Walk
- Masa operasi: 9.00AM – 4.00PM (setiap hari).
- Bayaran: RM3 dewasa, RM1.50 kanak-kanak.
- Bayaran tambahan: RM5 Kamera/kamera handphone, RM30 video.
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Berjalan diatas jambatan yang dibina diantara pokok hutan sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
(bukan untuk yang fobia tempat tinggi)
Lokasi menarik yang terletak dalam kawasan Poring Hot Spring.

Canopy walk ini panjangnya kira-kira 175 meter dan berada dalam ketinggian 40+ meter dari aras tanah.
16Kipungit Waterfall
- Masa operasi: 9.00AM – 4.00PM (setiap hari).
- Bayaran: RM3 dewasa, RM1.50 kanak-kanak.
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Sementara berada di kawasan Poring Hot Spring, ambil kesempatan untuk melawat air terjun Kipungit. Air terjun setinggi 10 meter yang berdekatan.
Boleh ambil peluang untuk mandi air terjun yang menyegarkan sambil menghayati keindahan alam semulajadi.
Untuk elak kesesakan, adalah terbaik anda datang ke tempat ini pada waktu awal pagi dan bukan pada hujung minggu.
17Langganan Waterfall
- Masa operasi: 9.00AM – 4.00PM (setiap hari).
- Bayaran: RM3 dewasa, RM1.50 kanak-kanak.
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Tidak cukup Kipungit Waterfall? Apa kata anda kunjungi Langganan Waterfall? Air terjun setinggi 120 meter yang juga berada di kawasan poring.
Untuk sampai ke tempat menarik ini anda kena hiking kira-kira 3.5KM yang mana bersamaan dengan 2 jam mengikut tahap kelajuan @ kecergasan anda.
Agak mencabar dan memenatkan sedikit, tetapi berbaloi.

Anda boleh mandi, menikmati keindahan alam dan mengambil gambar.
Jika anda bercadang untuk ke tempat ini, jangan lupa bawa sekali air dan makanan untuk tenaga.
18Gua Kelawar
- Masa operasi: 9.00AM – 4.00PM (setiap hari).
- Bayaran: RM3 dewasa, RM1.50 kanak-kanak.
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Gua tempat kelawar beradu. Ada boleh lihat kelawar sebenar secara live dengan mata anda sendiri disini.
Dalam pendakian anda ke Langganan Waterfall tidak rugi untuk singgah sebentar di tempat ini.
Biar lebih varisai dalam percutian anda.
19Sungai Biru
- Masa operasi: 8.00AM – 5.00PM (setiap hari).
- Bayaran: RM2 seorang.
- Hubungi: 0103210210
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Sangat sesuai untuk aktiviti keluarga. Boleh bbq,swimming pool, mandi sungai bersama ikan, suasana yang aman dengan sungai yang berdekatan.
Penginapan juga disediakan jika anda mahu tinggal disini.
20Extreme ATV Marakau
- Masa operasi: 8.00AM – 5.00PM (setiap hari).
- Hubungi: 0128320306 / 0178304661
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Untuk peminat ATV (All Terrain Vehicle) anda boleh kunjungi tempat ini.
Sila hubungi nombor diatas untuk status dan harga semasa.
21Kokob Rafflesia Conservation Garden
- Masa operasi: 6.00AM – 6.00PM (setiap hari).
- Hubungi: 0162820025
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Lokasi untuk anda lihat dengan mata sendiri bunga yang terbesar di dunia – Bunga Rafflesia.
Jika anda mahu berkunjung ke tempat ini, adalah baiknya anda hubungi dahulu nombor diatas untuk memastikan musimnya dan harga semasa.
22Ranau Rabbit Farm
- Masa operasi: 9.00AM – 6.00PM (setiap hari).
- Bayaran masuk: RM3 dewasa, RM2. Percuma untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, warga emas dan OKU.
- Hubungi: 019 8329868 / 013 5418600
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Bersantai bersama arnab dengan latar belakang permandangan gunung Kinabalu, udara yang segar dan suasana yang menenangkan.
Bagi arnab makan, duduk bersama arnab, makan aiskrim. Pasti seronok.
Lokasi ini terletak kira-kira 12 minit dari pekan Ranau.
23Tagal Sungai Moroli Luanti
- Masa operasi: 8.30AM – 5.00PM (setiap hari).
- Bayaran masuk: Rendam kaki: RM3 dewasa, RM2 kanak-kanak. Mandi: RM10 dewasa / kanak-kanak.
- Hubungi: 088-876 988
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Terkenal dengan ikannya yang jinak dan pandai mengurut kaki / badan.
Apabila anda merendamkan kaki atau badan, ikan-ikan disini akan datang untuk menggigit lembut kulit anda.

Jangan bimbang, gigitannya tidak akan mencederakan. Hanya cukup untuk membuang sel-sel mati dari kulit anda.
24Sabah Tea
- Masa operasi: 7.30AM – 7.30PM (setiap hari).
- Hubungi: 088-440 882
- Lokasi Google Map
Apa yang menarik: Permandangan yang cantik dengan latar belakang ladang tea dan gunung Kinabalu.

Anda boleh menjamu selera di restoran dan membeli produk Sabah Tea di sini.

Terdapat juga struktur seperti tree house, canopy walk.
25(Bonus) Bekas Tapak Lombong Mamut
Nota & Penafian: Bekas Lombong Mamut bukan kawasan perlancongan. Ia adalah kawasan larangan. Goranau tidak menggalakkan anda untuk datang ke lokasi ini. Risiko masuk adalah atas tanggungan sendiri.
Bekas lombong ini menjanjikan permandangan yang luar biasa untuk para adventure enthusiast.
Jalan raya ke tempat ini semak, tidak bertar dan berbahaya. Kereta agak sukar untuk sampai. Anda kena hiking atau menggunakan basikal.
Tidak sesuai untuk anak kecil/ kanak-kanak atau mereka yang kurang cergas.
Berikut merupakan suasana permandangan di bekas lombong ini:

Senarai tempat menarik di ranau ini akan sentiasa kami perbaharui dari masa ke semasa.
Diharap post ini dapat membantu menyeronokkan lagi percutian anda.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!
Leave a Reply